fbpx
Previous
Next

SELAMAT DATANG KE RZGARDEN.COM
LAMAN MEMBELI-BELAH HONEYZULL PURE KELULUT HONEY

HONEYZULL PURE KELULUT HONEY

Honeyzull Pure Kelulut Honey adalah satu jenama madu kelulut keluaran Malaysia. Madu yang dihasilkan dituai dari spesis lebah kelulut Heterotrigona Itama dan Geniotrigona Thoracica yang diternak dikawasan kampung dengan sumber yang pelbagai menghasilkan rasa madu masam dan manis.

Lebah Kelulut adalah spesis lebah yang tidak mempunyai sengat dengan saiz yang lebih kecil menjadikannya lebih mudah untuk dipelihara berbanding lebah bersengat yang lain seperti Lebah Apis Cerana dan sebagainya.

Madu kelulut bukan sahaja rendah kandungan gula malah ia turut kaya dengan antioksidan yang dipercayai empat hingga sepuluh kali ganda lebih daripada madu biasa. 

Selain itu madu kelulut juga mempunyai kandungan nutrien dan ketahanan antibakteria yang sangat tinggi yang mampu membezakan madu ini daripada madu yang lain.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Selain itu, penternakan lebah kelulut di RZ Garden serta pemprosesan hasil kelulut yang menghasilkan Honeyzull Pure Kelulut Honey adalah  mengikut SOP Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dibuktikan dengan pensijilan yang berjaya diperolehi pada Ogos 2020.

Syarikat juga komited untuk sentiasa menambahbaik kualiti madu kelulut yang dihasilkan mengikut Standard Madu Kelulut Malaysia yang ditetapkan.

INFO KELULUT

Tonton Video Ini

Kenapa Perlu Memilih Honeyzull

Bumiputera Muslim

Syarikat yang mengeluarkan Honeyzull adalah
100% Bumiputera Muslim

Sumber

Madu yang dihasilkan adalah dari sumber hutan tropika menghasilkan madu yang mempunyai rasa masam manis yang unik, sedap dan digemari ramai.

Semulajadi

Madu yang dihasilkan adalah sepenuhnya asli, bebas dari campuran pewarna, pemanis dan sebagainya yang mampu merubah keaslian madu.

LPM

Pengusaha memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan

Bersih

Kawasan ladang yang menempatkan log lebah kelulut dijaga rapi dan bebas dari pencemaran

Ujian Klinikal

Syarikat kami juga telah menjalankan ujian makmal di Institut GENOM Malaysia dan Unipeq UKM untuk mengetahui keaslian dan kadar 'nutrition facts' yang terkandung dalam madu dari ladang kami.

Rujukan

Syarikat sentiasa membuat rujukan terkini berkenaan madu kelulut melalui MARDI, MAFI, UMT, UniSZA dan USM.

Pasaran Global

Diusahakan di kampung yang terletak di Kelantan tetapi telah menembusi pasaran seluruh Semenanjung Malaysia melalui pemasaran digital yang berkesan.

Kajian

Syarikat terbuka menerima kunjungan daripada
mana-mana agensi untuk membuat kajian.

Sijil myGAP

Syarikat telah menerima pensijilan myGAP oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada
18 Ogos 2020.

Premis

Memiliki premis khas yang digunakan untuk pemprosesan hasil madu yang dituai.

Sijil MeSTI

Syarikat dalam proses untuk mendapatkan pensijilan MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia
seterusnya memohon pensijilan Halal.

Featured In!

Agensi Bimbingan

Pensijilan dan Ujian Makmal

Testimoni Pelanggan

Fakta & Tips Madu

Kelebihan Madu Kelulut Asli

Produk Kami

Galeri

TEAM RZ GARDEN

LADANG KELULUT

TETAMU

PELANGGAN

Scroll to Top