Tentang Kami
Assalamualaikum,
Saya Izzatie Zulkifli. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sulan Zainal Abidin (UniSZA). Selepas tamat pengajian diperingkat ijazah pada pertengahan tahun 2019, saya mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat sendiri iaitu RZ Garden Enterprise seterusnya menjalankan perniagaan berasaskan madu kelulut asli yang menjadi sumber pendapatan saya selepas bergelar graduan. Saya membekalkan madu kelulut asli dengan jenama ‘Honeyzull Pure Kelulut Honey’ bermula dari sekitar kampung, berkembang ke seluruh Kelantan, seterusnya kini boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.
Diinspirasikan dari nama ayah saya Haji Zulkifli Bin Mamat, tercetuslah Honeyzull yang berada dipasaran pada hari ini.
Bagaimana kami bermula?
RZ Garden Enterprise adalah sebuah syarikat yang ditubuh secara tidak rasmi pada tahun 2017 dan didaftarkan secara rasminya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 Jun 2019 dan beroperasi sehingga kini sebagai pengeluar madu kelulut asli yang menjadi produk utama kami.
Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan peluang pekerjaan yang terhad pada ketika itu ( Jun 2019 ) tambahan lagi saya belum lagi bergraduat secara rasmi mencetuskan idea untuk saya menubuhkan syarikat ini seterusnya mengeluarkan produk sendiri. Alhamdulillah saya berjaya mencipta kerjaya saya sendiri dengan menjadi ‘Gadis Kelulut’ pertama di kampung saya. Seorang remaja perempuan bercita- cita tinggi yang tekad menjalankan penternakan kelulut selepas tamat pengajian ijazah. “Walaupun saya tidak mempunyai asas dalam bidang ini pada awalnya, namun saya berazam mengusahakannya.” Petikan akhbar Harian Metro.
Idea penubuhan RZ Garden Enterprise juga terbit apabila menyedari telah banyak produk-produk berasaskan sumber pertanian yang dikeluarkan sejak beberapa tahun lalu seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan nanas.
Yang terkini, fokus saya melihat kepada penghasilan dan pengeluaran madu kelulut yang semakin mendapat tempat dipasaran bertitik tolak juga dari pengalaman ayah saya yang telah merasai kesan pengambilan madu kelulut itu sendiri.
Apa kata pengguna? :
Selepas menjalani pembedahan jantung (angiogram) untuk dua saluran jantung, saya mula mengawal pemakanan dalam masa yang sama saya mengamalkan madu kelulut asli. Terbukti saya kembali bertenaga dan tidak perlu lagi menjalani (angiogram) untuk satu saluran yang berbaki ” – Saya mengakui rasa lebih bertenaga dan cergas selepas mengamalkan madu kelulut secara konsisten dan semestinya memilih madu kelulut yang asli.
Haji Zulkifli Mamat – Founder Honeyzull
Madu kelulut terbukti lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa dengan kandungan antioksidan yang tinggi menjadikan madu kelulut lebih mendapat tempat dihati pengguna. Dari aspek pengurusan ladang pula, lebah kelulut boleh diternak dikawasan ladang yang terbuka di kawasan kampung mahupun di kawasan bandar dan perumahan dengan bekalan sumber makanan yang mencukupi untuk lebah kelulut terdiri daripada pelbagai jenis sumber seperti pokok buah-buahan, pokok bunga ,pokok herba termasuk rumput.
Mengetahui bahawa hampir 80% madu kelulut yang berada dipasaran pada hari ini adalah madu tidak asli berdasarkan beberapa artikel, memberi saya satu motivasi untuk terus berjuang memartabatkan madu kelulut asli untuk berada dipasaran.
Menyedari kawasan tempat tinggal saya sangat sesuai dan strategik untuk membesarkan skala penternakan lebah kelulut yang sedia ada. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk membuka satu taman khas yang menempatkan log-log kelulut sedia ada serta menambah lebih banyak log kelulut untuk menghasilkan madu kelulut yang mencukupi, yang terbaik dan semestinya asli.
Selain menjadi sumber pendapatan utama saya selepas tamat pengajian ijazah, Taman Kelulut RZ Garden juga diwujudkan bertujuan untuk menjadikannya sebagai ‘one stop centre’ bagi penternak kelulut yang berada disekitar RZ Garden. Lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan demi memartabatkan serta memperjuangkan madu kelulut asli. Kami di RZ Garden memastikan madu kelulut yang kami jual dengan jenama ‘Honeyzull Pure Kelulut Honey’ adalah berkualiti dan bersih.
Selain penternak, taman ini juga terbuka kepada para pengunjung yang ingin melihat sendiri serta belajar bagaimana proses kelulut menghasilkan madunya, bentuk sarangnya dan macam macam lagi perkara berkaitan kelulut. Kami di RZ Garden mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Taman Kelulut kami untuk kita sama-sama berkongsi idea dan bertukar pendapat. Bagi yang berada jauh dari kawasan kami, boleh dapatkan Honeyzull melalui laman sesawang membeli-belah www.rzgarden.com.
Carta Organisasi
Nur Izzatie Binti Haji Zulkifli
Pengurus
Zulkifli Bin Mamat
Penyelia Ladang
Nursyahida Binti Ismail
Akauntan
Ahli Kami
Visi
- RZ Garden Enterprise berhasrat untuk dikenali sebagai sebuah syarikat bumiputera Islam yang membekalkan dan mengeluarkan produk berasaskan madu kelulut asli khususnya dan umumnya membekalkan juga hasil pertanian sampingan yang lain seperti pisang, ubi kayu, serai, sayur- sayuran, pokok-pokok herba dan sebagainya. Di samping itu, kami berhasrat untuk menjadi satu- satunya 'one stop centre' berkaitan penternakan lebah kelulut yang mampu menyediakan khidmat pelanggan yang lengkap dan berinformasi kepada penduduk sekitar yang tergolong dari orang kampung, pelajar sekolah, penuntut di institusi pengajian tinggi dan juga pengunjung dari badan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Misi
Memasarkan Honeyzull Madu Kelulut Asli ke seluruh daerah di Kelantan seterusnya meluaskan pasaran ke seluruh negeri di Malaysia.
Menyelesaikan masalah dalam kalangan pelanggan yang meragui keaslian madu di pasaran yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah.
Membuka peluang kursus kepada mereka yang baru bermula.
Mendorong masyarakat untuk memandang bidang pertanian sebagai satu bidang yang mempunyai masa depan yang cerah.
Misi
Menjadi pembekal madu kelulut yang asli dan berkualiti selama tempoh beroperasi.
Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang industri kelulut di Malaysia yang mendapat perhatian di masa kini.
Mempelbagaikan lagi hasil pertanian yang mampu dibekalkan kepada masyarakat setempat yang berasaskan keperluan harian seisi rumah.
Menjadi pusat rujukan penduduk setempat berkaitan penternakan lebah kelulut.
Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk setempat dan diluar kawasan.